Thursday, July 9, 2009

update oh update


Dah seminggu pindah tempat baru, baru semalam aku dapat tempat aku...
last week siap kena share 1 cube 2 orang..ha..ha.. bersempit - sempitlah berdua...

so far semua ok.. ooo untuk pengetahuan semua yang bertanya.. tak..takk saya tak pindah company, saya tak resign.. saya tak dapat keje baru pun.. cuma saya pindah department, manager baru, tempat pun baru, under account baru.... skang dekat TPM.. ye..ye... ada kaitan dengan Telco jugak.. ye..ye.. Maxis.. saya bukan kerja dengan Maxis, tapi.. errkkk susah jugak nak explain... tapi bolehlah...

environment kerja and task memang jauh beza.. skang dah buat fully DBA balik, dulu buat jugak tapi biasa - biasa jelah, setiap hari amat sibuk, bila ada free, sempatlah google sana, google sini, blog hopping pun baca sepantas kilat, x sempat nak feel apa - apa, tinggalkan komen pun mana sempat je..

Last Wednesday and Thursday kat TPM_maxis, jumaat cuti, sabtu hantar bibik balik.. isnin keje macam biasa, tapi skang semua kena kejar masa, mana nak siapkan diri sendiri, siapkan barang Darin tuk school dia.. daddy yang hantar sebab aku kena gi awal, from Shah Alam to TPM takes 45 minutes jugak... tu termasuk jamlah tu.. kalau tak jam, 1/2 jam.. oklah... Isnin sempat jugak balik masak, selasa tak dan masak coz hujan sangat lebat, selamtkan diri sendiri... oo selasa lepas aku ke Plaza Sentral, amik gambar untuk dapatkan access card Maxis... kena tunggu dalam 1 minggu lagik kot.. parking kat KL Sentral, sempat belikan Darin BJ yang berharga RM12, siap ada bunyik lagik..

semalam balik nursery, cikgu kata Darin demam, aku amik dia, mata pun kuyu sangat, dalam kereta sambil terbaring peluk tangan aku siap terlelap... siapnya, check temperature dah 39.1, tak banyak cakap, terus masukkan ubat punggung, then tuam dengan air batu walaupun dia tak nak, lepas solat, terus gi KPJ Selangor... sampai sana suhu dia dah turun dah.. makan macaroni (yang sempat masak pagi tu) habis 1 tupperware..

lepas amik ubat, terus beli makanan, cam biasa.. aku mengidam sup tulang and husband aku asam pedas kat kedai Seksyen 20, between KFC and Pizza Hut tu... and siap beli otak - otak lagik...

sampai umah, siapkan makanan sumer... Darin pun join walaupun dah kenyang... macam biasa "baca doa Darin" selalu dia baca Bismillah je.. tapi kali ni "Allah humma, bariqlana..." sampai habis.. aku ngan husband terngaga - nganga dengar.. so sweet, terus dapat satu pelukan+kiss dari aku... excited terlebih maknya...

selesai makan, paksa dia makan ubat walaupun byk keluar dr masuk, then terlelap... oh aktiviti semalam, kena cuci baju jugak walaupun x byk coz kat school dia dah muntah 2 kali habis semua baju, cikgu tolong cucikan sket, then gosok baju sesiap.. sib baik hubby tolong jemur kain, sempat borak ngan guard lagik yang lalu - lalang kat belakang kul 11 lebih..huh... sambil tu layan MJ pulak, macam konsert hapa je, siap tepuk tangan, jerit, gelak semua ada, pelik tul...

oklah, kena stop, kena kerja, rasa tak produktif kalau tak hasilkan sesuatu hari ni, dahlah AT&T susah nak connect pagi tadik, ni ST dengan YM pun susah nak masuk.. tak shukelah..

ok semua.. bye...

Saturday, July 4, 2009

Tribute to Bibik - 20061206 - 20090704

Hari ni bibik akan balik ke kampung halamannya.. Malang, Surabaya... Kali ni aku assume dia balik terus, seperti yang dia cakap, dia nak balik, jumpa suami.. anaknya nak kahwin, jadi dia kenalah balik dan uruskan semua... anaknya nak kahwin dengan orang Melayu Singapura... itu yang dia cakap...

Masa ni kat Seri Menanti, ada pameran, hari panas sikit

hari ni genaplah.. 2 tahun, 6 bulan 28 hari dia keje dengan aku... sepanjang dia keje, pernah sekali dia balik sebulan.. sebab Arwah Mak dia meninggal.. dan kali ni dia nak balik terus... ada jugak dia cakap, nak datang balik... tp paling cepat pun tahun depan.. aku takdelah harap sangat sebab dia pun dah berumur, Darin makin membesar.. sangat lasak.. and kalau ada rezeki dapat baby lagik, boleh ke yek dia handle Darin and baby kecik..

Bergambar dengan Darin dekat Istana lama Seri Menanti

Manusia ni ada kekurang dan ada kelebihan.. apa saja kekurangan yang terkehel kat hati aku ni abaikan jelah yek... kita ni pun belum tentu sempurna... sedar diri, sedar ruang... sekurang - kurangnya.. dia nak jugak jaga Darin dengan penuh kasih - sayang... sampai Darin terlebih - lebih manja dengan bibik dia... kenkadang tu sampai naik rimas plak bibik.. tapi bila dah hujung - hujung ni... bibik cam tak kisah sangat.. sampaikan hari tu, Darin demam, dia pun demam sebab aku hantar Darin pergi Nursery.. sib baik aku hantar awal.. kalau aku hantar lambat, x taulah cemana, so skang Darin kat Nursery pun dah ok, bibik pun dah ok, tambahan plak neighbour sebelah pun ada maid jugak, kenkadang dia ada jugak bercakap, kesian jugak, kalau kita kena kurung pun sure tension jugak... so sesama manusia kenalah bertimbang - rasa..

Hari Raya pertama Darin and bibik tahun 2007

sepanjang dia keje dengan aku.. oklah... banyak sangat membantu, dengan gaji yang aku bayar tu, biasa - biasa je kan, semua benda siap, makan, minum, kain baju, rumah dah siap bersih sumer... tiap kali aku buat makan - makan, dia tolong masak and kemaskan, tiap kali umah mak aku and MIL aku ada buat kenduri and makan - makan, dia banyak tolong aku sumer.. walaupun aku tau dia tu bukannya berdaya sangat, tapi dia buat jugak, end-up sakit lutut.. yelah orang berumurkan, sedangkan yg muda - muda pun ramai yang sakit itulah, sakit inilah, inikan pulak yang tua...

Raya kedua, berhenti kat hentian Pagoh, on the way nak balik JB

Dia memang banyak cakap, mungkin sebab tu jugak Darin dah agak petah skang bercakap, bila aku nak amik keputusan hantar Darin pergi nursery pun tak risau sangat sebab Darin dah boleh cakap nak itu, nak ini, and cikgu dia pun bolehlah faham dia nak apa...

Bercuti ke Langkawi, bergambar di Telaga Mahsuri

banyak sangat benda nak citer pasal bibik ni kan...as long as dia happy, oklah, walaupun kenkadang ada jugak kerenah dia yang kita pening... ha..ha... itu tolak tepilah dulu yek...

Bibik and Darin, nak jugak ada bankground Helang tuh..

anak - anak sedara aku and anak - anak sedara husband aku pun sayang jugak dengan bibik, majoriti dia org pun pernah dapat bibik dedulu, so dah biasalah dengan bibik ni, dia orang suka bila bibik bercerita, aku pun x taulah dia org ni faham ke tak apa yang bibik ni cakap, tapi kekejap dengar dia org gelak, seronoklah tu, bibik tu pun memang suka melayan budak kecik.... oklah tu kan..
Bibik berhajat nak tengok cemana mak masak dodol.. tu yang bergambar sakan tuh

sepanjang bibik dengan kita orang, memang we all bawak dia ke mana dia pergi.. selain balik kampung kat Kuala Pilah, Segamat and Johor Bahru, we all pernah bawak dia pergi Langkawi.. Cameron Highlands and Port Dickson... mungkin dia tak kisah sangat tempat macam tu, tapi bolehlah bawak dia pergi tengok - tengok tempat orang... ada orang kata beban bawak maid sebab nak ada bilik lain, takpelah beban sikit, itu tanda kita ucapkan terima kasih kat dia pulak sebab tolong kita selama ni....

Dataran Putrajaya adalah tempat wajib beriadah pada hujung minggu masa duduk Seri Kembangan dulu

lepas ni hari - hari kami tak sama macam dulu... balik rumah dah takde orang masakkan nasi, lauk sumer, dah takde dah orang tolong lipatkan kain and gosok kain, dah takde dah orang tolong sapu rumah, mopkan lantai, siramkan pokok - pokok, and takde kot harapan nak tanam pokok bunga yang baru.. ha..ha.., lepas ni semua inisiatif sendiri jelah.. tak taulah macam mana, tapi itulah yang bakal kami hadapi untuk kali kedua dan seterusnya... dulu rumah 1 tingkat, tak jadi maslaah langsung, skang dah tambah lagik setingkat and kerja pulak macam dah tak tentu masa, risau pulak kalau amik Darin lambat kat nursery, dulu pernah sekali aku amik dia pukul 7.30pm, sian dia menangis sebab semua orang dah balik..

Di Pagi hari di LCCT, masa ni bibik balik sebab arwah mak dia meninggal... cuti untuk sebulan.. Alhamdulillah datang balik..

Insya Allah tengoklah keadaan macam mana, nak amik yang baru pun dah dibekukan, we all cubalah buat setakat mana yang mampu... harap semuanya ok.. thanks to bibik sebab tolong kami selama ni, dan seperti yang dia jugak janji, memang dia akan kerja sini sampai Darin cukup 2 tahun, dan Alhamdulillah, memang lepas Darin cukup 2 tahun baru dia amik keputusan nak balik...

Kenangan masa melawat rumah kita orang yang masih lagik dalam pembinaan... bibik yang seronok terlebih

Dan bibik jugak yang paling banyak sekali membantu masa kami berhempas pulas nak pindah rumah, ada masa sehari - suntuk we all tak balik rumah sebab pasang lampu and mengecat and cuci rumah, bibik yang tolong jaga Darin semua, layan Darin and packkan semua barang... and memang time ni Darin selalu tinggal sebab we all nak survey barang... kalau Darin ikut pun, bibik memang kena ada sebab nak mintak tolong dia jaga... barang - barang kami semua dia yang tolong aturkan, dari sebelum pindah, masa pindah, sampailah hari selepas pindah dan sehingga ke hari ini, banyak yang dia tolong kami.... terlalu banyak yang sampai kita orang pun tak terfikir nak buat camtuh...

Minggu terkahir Darin and bibik, kat KLCC, ni pun lepas bibik jumpa anak tiri dia and we all baru amik dia dari rumah kakak dia....

walaupun bibik tak baca blog ni, cukuplah buat kenangan kami... kalau lepas ni ada lagik entry bibik, kes rindulah tu...

Wednesday, July 1, 2009

Swimming Pool, cuaca dan akibatnya

Dulu memang we all ada plan nak belikan Darin pool, tapi masa tu rumah sempit lagik.. skang dah ada peluang, so we all belilah jugak...


Darin berposing dengan poolnya buat kali pertama

we all beli masa mother's day lagik.. balik je dah terus pam and isi air.. dan akibatnya bil air pun tinggilah beb...


second time, dah ada gang, cam penuhlah plak


Darin memang terror membuli sepupunya,
walaupun dia yang paling kecik


Lepas je wedding kat BBB tu, we all bukak lagik pool tu, my husband tengah hantar kereta dia gi servis kat Seksyen 23, tapi aku pun x sure kedai mana satu.. my Sis call, aku ajak dia datang, bley Aidid join sekali tapi dia org pun dah nak on the way balik.. so next time yek..


pastu, dia plak kena buli dengan sepupu dia pulak

tetiba my SIL pulak call, dia kata nak datang.. oklah tu... Darin start berendam dari pukul 5.15 sampai pukul 6.30 petang.. lama giler kan, siap buat aksi macam - macam, sampai aksi lemas pun ada.. sbaar jelah..


akhirnya ambil keputusan untuk keluar dari poll,
untuk tenangkan fikiran, dan kumpul semangat


malam tu confirmlah makan makanan pasar malam, cuma aku tak gi beli, husband aku dan BIL dia yang gi beli..


tapi pastu sambunglah balikkan..
apa kes dia tak mandi sekali.. berendam sakan dia orang..


cuaca pun panas kan skang, sedap sakan budak tu mandi.. akibatnya.. Darin kena batuk selsema plak selepas demam 2 hari masa minggu sebelumnya.. and then berlarutan demam yang turun naik....


tapi perasan tak, baju mandi dia orang sedondon and sama pulak dengan pool,
nampaknya Darin kena beli baru, coz yang skang ni pun dah sendat dah..


nanti - nanti aku update lagik..

Tuesday, June 30, 2009

Wedding Jorge and Fizah - BBB

Majlis akad nikah

Kalau Bulan Januari tu Majlis pertunangan dia orang.. kali ni Majlis Akad Nikah dan bersanding pulak..


Pengantin baru sampai.. dah tiba masa untuk berarak.. amat panctual okeh..

Jumaat malam tu, masa aku ada Majlis Makan Malam Warga Emas kat Shah Alam, husband aku follow bos dia untuk Majlis Akad Nikah... dia pun sorang je kat sini... so yang temankan dia of course his Big Boss (En Yaakob) yang menyokong dia dari belakang, my husband and kawan - kawan dia kat office.... macam simple je kan... dalam pukul 6 bertolak dari Damansara, stop Maghrib kat BBB, then terus gerak ke rumah pengantin perempuan... and Akad Nikah dilakukan oleh bapak pengantin sendiri.... aku takda saat - saat ni tapi masa aku dinner, husband aku sms "sekali lafaz je" hebatkan....


Pengantin perempuan pun dah datang dah...


3 of us... hari amat panas terik


ibu dan bapa pengantin perempuan, serba hijau

Siang tu we all terus bergerak ke BBB, jumpa kat Masjid BB waktu solat Zohor.. guess what, Jorge pakai baju melayu sama kaler masa we all kahwin... bie, u should show him the time you wore that Baju Melayu..ha..ha...


selamat sampai di pintu masuk, mintak restu ayah bonda..
ebelum duduk bersanding, tengok acara kat bawah dulu



2 jejaka tampan sedang bersilat, sambil berkata..
janganlah pengantin lelaki ni terror kung fu atau yang sewaktu dengannya


masa sampai tu, we all berarak sekali belakang pengantin, panas terik jugak masa tu.. fuh peluh tak hingat sampaikan husband aku suh kesat peluh berpuluh - puluh kali.. ha.. baru tau.. apsalah aku berpeluh kuat sangat...


duduk dekat khemah je sementara tunggu pengantin keluar makan,
memang peluh tak hengan, buktinya, bloating paper sentiasa atas meja


sampai je sana, confirmlah mak bapak pengantin sambut, manis je mak pak pengantin.... masa sampai, cam biasa, acara silat menyilat.. tapi sorang - sorang, kalau tunjuk part yang lawan 2 orang pun best jugakkan... baru cam cara sket... tapi 1 benda yang husband aku cakap 'tengok Jorge, dia senyum je', confirmlah senyum, hari bahagia dia, lagi pun dia tak pernah tau pun benda - benda ni semua...


pekena cendol yang sangat sedap, makan pulak time panas,
abang yang jaga cendol tu tak menang tangan tau


masa dia org bersanding kat dalam... we all duduk kat khemah, terus duduk kat seat VIP, hari panas, we all peke cendol dulu, sedap betul cendolnya.. terasa santan dan gula, takdelah cair cam selalunya...


belum boleh makan selagi pengantin tak keluar,
Darin kena makan cupcake comel dulu, tapi makan cream je, kek??
mummy yang makanlah..



buah tangan yang sangat cantik, eksklusif dan macam - macam ada..

time makan, Darin pun makan jugak.. oklah behave jugak dia, sebelum tu siap ada sorang abang ni rajin tul duk melayan dia main.. tapi Darin plak jual mahal...


pengantin lelaki yang sentiasa tersenyum dihari persandingannya..

lepas makan... lepak - lepak ngan kengkawan my hubby then we all masuk dalam, confirmlah nak amik gambar ngan pengantin...


nilah angle yang paling terbaik aku dapat... ramai sangat orang


sementara tunggu turn, sempat jugak Darin kidnap patung ni..

pelamin tu dah terburai sket kain dia kat tepi, so susah sikitlah, bila turn aku nak amik gambar, aku kena pegang sket kain tu tapi malaslah nak menjojolkan muka, so nampak sket je muka aku... ish..ish.. professional please...


ni je yang paling baik kami dapat...


yang lain, thanks for being there.. bos... increment and bonus good or not??

leteh dah ni, time tu balik umah untuk merehatkan diri.... selamat pengantin baru tu Jorge and Fizah...

Monday, June 29, 2009

Entry Khas Anuar Zain



Majlis Makan Malam tu kan ada Anuar Zain.. kisahnya dia on the way dari KL ke Shah Alam.. malam tu dia buat persembahan special untuk semua kaum ibu and of courselah untuk ibu kesayangannya..



aku pun siaplah gi depan - depan dia, nak gak poyo kan.. takkan org lain je, siap amik video bagai ko... mak dia siap dapat bunga besar sangat.. katanya Ziana Zain yang bagi... bestnya.. sepanjang Anuar Zain nyanyi, mak dia ada kat atas tu, sambil peluk mak dia sambil dia nyanyi camtuh.. nyanyi life, dapat tengok life.. dia senyum pun life...



lama jugaklah aku lepas kat depan tu, siap pasang niat, dia abis nyanyi, turun tangga aku nak mintak tolong sesapa amikkan gambar aku dengan kamera aku yang dah pecah LCDnya tu.. sekalu aku pusing belakang, aku sorang je yang over duk melepak kat depan.. alahai.. kuciwa plak rasanya...



malulah lelama nak berdiri depan, so aku baliklah kat tempat duduk aku... dahlah jauh nun di belakang sana... by the time abis lagu tu, dia pun chow...



di sebabkan itu jugaklah, mak dia dapat Anugerah Ratu Klasik Emas camtu kot.. walaupun tak ikut tema kita orang hitam dan merah... ada yang tak puas hati.. ramai lagik yang boleh dapat.. tapi apakan dia, anaknya nyanyi + buat persembahan secara percuma.. so dia dapatlah... takpelahkan.. rezeki namanya...


apa - apa pun.. Lelaki Ini memang hebat gilerlah malam tu.. ssoooo swweettt...

Dinner untuk Warga Emas

sapa tau pasal Majlis Makan Malam untuk Warga Emas yang dianjurkan oleh kelab Warga Emas Shah Alam??? Majlis ni berlangsung kat Kelab Shah Alam, sebelah Istana Kayangan, dekat ngan Tesco Shah Alam.. x tau ke.. ish - ish.. ish... aku pun baru tau jugak sebenarnya.. tu pun 3-4 hari sebelum majlis tu aku siap survey jalan tau, yelah nak pergi malam, sensorang plak tu.. kenalah survey jalan dulu...

saya baru sampai, kenalah posing dulu

actually mak sedara aku yang ajak datang, so kena bayar RM60, yang datang aku, kakak aku and anak dia 2 orang.. laki and anak - anak semua tinggal.. at the same time, malam tu husband aku gi akad nikah bos dia tu.. yang tu nanti aku citer yek..

Keadaan dalam dewan sebelum semua orang masuk

masa sampai sana... aku pun menunggulah sedara - mara aku sampai.. bila nampak je kelibat kak Nora, terus aku masuk dalam, akak aku ngan kak Zila confirmlah together - gether from Puncak Alam sana... tema malam tu black and red... habis aku geledah almari aku carik baju kaler merah.. sib baik ada.. tu pun aku belasah je mix and match.. x taulah match ke tak..


bila semua dah berkumpul


sampai je confirmlah kena daftar, amik meja and tak lama lepas tu kakak berdua ni sampai.. sama table ngan kita org adalah makcik - makcik tu.. yang sepupu aku 2 org tu kenal jugaklah makcik - makcik situ coz kengkawan mak dia jugak.. and siap kenalkan ngan we all, depan kita org tu mak pelakon lelaki yg berlakon dalam citer Spa Q, tapi harap maaf, saya lupa sapa nama pelakon tu.. dan yang paling hebatnya... ada mak Anuar/Ziana Zain tau.. dan yang lagik malatop... Anuar Zain pun ada tau....


me and my sister

juruacara malam tu confirmlah org lelaki, kalau semua pompuan pun buhsan gak kan... acara memula tu adalah persembahan koir dari mokcik - mokcik ni, nyanyi 2 lagik... ada 1 lagu tu yang bunyi dia "ketipak ketipung ah..." ada ke sesapa tau lagu tuh...


my my sepupu

pastu acara makan - makan.... makanan dia oklah, sedap jugak, and variety jugak lauk dia... oh ada budak koleh aku jugak malam tu, si Anne, Andini Hashim kot nama dia.. sorry Anne, aku tak pandai eja nama ko, dia pun kena paksa ngan mak dia datang malam tuh... masa makan, adalah selingan nyanyian oleh kumpulan "Balle - Balle" kot nama dia... kumpulan ni famous tau, siap ada buat persembahan kat Royal Albert Hall lagik dengan penyanyi mat saleh yang aku x tau nama dia...


my auntie and dikejauhan tu kumpulan Belle - Belle tengah perform

then adalah acara cabutan bertuah... pastu ada plak kena jawab kuiz.. tapi time we all jawab.. salahlah plak, ish, tension betullah... pastu nyanyi lagik dan nyanyi dan nyanyi....
masa pasukan koir naik lagik sekali, macam biasa ada sorang makcik tu memang dia yang akan bolot mikrofon malam tu... sampaikan part nyanyi solo pun dia belasah 2 lagu.. we all panggil makcik tu, makcik gila mikrofon, ampun makcik.. bukan saya yang bagi gelaran.. he..he..

antara makanan malam tu, belum habis amik lagik nih

ooo ada ramai jugak makcik - makcik yang vogue ok, siap ada makcik pakai dress kaler merah, V shape cam ala - ala Linda Jasmine tapi pakai inner hitam coz makcik tu pakai tudung.. yang pakai kebaya sana - sini pun amatlah bersepah - sepah...

cubaan jawan soklan, tapi gagal.. ceh..

selingan cabutan bertuah tu memang tak abis - abis.. tapi we all x dapat pun, tulah, banyak sgt ngutuk kan, padan muka...

ni kira fesyen showlah plak

dalam banyak - banyak acara.. memang we all tunggu Anuar Zain buat persembahan.. tunggu yang tu nanti yek...

another couple lagik..

pastu ada jugak acara pakaian beragam.. and makcik - makcik tu semua dapat hadiah penghargaan.. pastu siap ada iklan tau, ada yang iklankan kepakaran memasing, sambil tu buat drama sketlah, ada makcik tukang urut, ada makcik tukang jahit, ada ustazah and ramai lagik.. so sapa - sapa ada masalah ke hapa, boleh kontek makcik - makcik tu atau pergi je kat Kelab Warga Emas...

Ni yang last aku amik, tak larat nak duduk depan lama - lama

Sebelum acara tu bersurai... ada tarian poco - poco... dia guna lagu dangdut.. aku tak sukalah guna lagu dangdut, geli sebab aku teringat cerita Kayangan (yang Fazura berlakon tu), pun buat poco - poco guna lagu dangdut kan.. boleh tak tukar lagu lain....

tarian poco - poco

dalam pukul 11 lebih we all gerak balik, yelah memasing nak balik pun bukan dekat tau... jauh jugaklah kan.. aku plak nak ceput balik, maklumlah nak jugak sampai umah before 12.. takut wo, kawasan baru.. he..he.. walaupun takde paper, bukan apa, situ byk sangat lembu sesat dengan anjing berkeliaran, mana tahan kan... sampai umah je Darin dah tido.. husband aku lum sampai lagik.. takpelah, bersih kan diri semua.. kebaboomm tido...

Sunday, June 28, 2009

Happy Birthday Princess

banyak betul entry pasal birthday party.. kali ni birthday princess pulak.. ha..ha.. princess manalah yek... sapa lagik.. Putri lah.. sapa tuh?? ish nama dia memang Putri ok... sapa jeles? boleh letak nama anak pompuan memasing dengan nama Putri (boleh lepas ke)..

Inilah birthday galnya..

aku pun x tau menau pasal majlis ni.. kira surprise kat aku jugaklah yang tengah membudget je nih.. dia org buat kat Tony Romas Cineleisure... oklah tu taklah jauh mana pun..

cam biasa tengahari tu gerak reramai and sib baik ada org nak offer drive.. aku tetap half day that day coz Darin kat nursery, nak kena monitor dia jugak.... sampai sana order - order makan..
yours truly confirmlah adakan

cam biasalah, ada yang gelak, ada yang diam.. ada yg asyik amik gambar je and ada yang suka betul kenakan orang.. apa-apa pun oklah semua enjoy...

time makan memang we all pilih menu yang tengah ada promotion, tapi portion dia dikurangkan sikitlah.. oklah tu, sesuai untuk lunch, jangan makan banyak sangat nanti mengantuk susah pulak.. nak carik tempat nak landing lagik tuk tido satu hal..

Inilah kek dan aiskrim yang disponsor oleh Tony Romas

selesai makan, cam biasalah we all request tuk kek, dapat kek apa yek tp sedap jugaklah, siap ada aiskrim tapi part yang paling tak best adalah.....

sekejapan dah licin..

dia orang tak kenakan apa - ap apun kat birthday gal.. ish.. even nyanyi lagu birthday pun slow melow je.. ish apa lah.. dia org punya Event Management kena carik orang barulah ni... hhmmm... tak meletop langsung tau....

apa - apa pun, semua oklah...

Saturday, June 27, 2009

Rescue 911

Aku sampai office pagi tu, dengar bunyi anak kucing kat belah luar tingkap, tp tak tau plak kat belah mana...

Reenee and Kamarul misi mencari kotak untuk anak kucing

sampai tengahari pun still ada jugak, semua orang pun carik tapi x jumpa..
sampailah satu saat dan ketika member opis aku keluar and gi carik anak kucing tu.. sungguhlah tak puas hatikan.. akhirnya jumpa jugak.. sian dia tau..

Carik tempat yang sesuai untuk rumah kucing

pastu member ni siap carikkan kotak tuk letak anak kucing tu semua, adalah jumpa kain tuk tak bagi anak kucing tu sejuk..

tengah siapkan susu untuk kucing

member siap bagi susu kotak kat kucing tu tapi cam dia tak pandai nak minum.. guna straw pun cam x berjaya je.. kesian kan.. siap member aku letak kat jari dia suh kucing tu jilat..

Cubaan letak atas tapak tangan pulak
sib baik ada Reenee.... he..he...

Friday, June 26, 2009

New Born Baby Boy tapi Darin tumpang sekaki

My neighbour belakang rumah baru selamat melahirkan baby boy... we all gi melawat maknya di rumah dulu, babynya still kat hospital coz jaundice..

Malam sebelum kejadian, depan rumah jiran

malam berikutnya pergi lagik... masa tu baby dah ada... kecik comei je, baby boy 2.4KG, sure boleh imagine besar mana kan.. memula dia letak baby tu kat atas meja... tapi bila we all sampai dia letak baby kat bawah... alatan lain ada kat atas.. lagi pun malas nak bawak turun coz lusanya nak balik kampung... so faham jelah rumah atas bawah kan, semua nak kena ada 2 dalam satu - satu masa..

sibuk jugak nak masuk dalam ni

we all adalah mcm baby coat size kecik tp style rocking tu, bagilah dia org pinjam dulu untuk sementara waktu.. waktu aku bawak keluar je benda alah tu, Darin dah sibuk dah bising "Darin Punya", padahal dulu dia tak nak sangat pun duduk dalam tuh..

seronok sangat dapat duduk dalam tuh

we all cuci - cuci and jemur dulu.. maklumlah, dah berapa lama simpan bawah katil.. sekali bila nampak, dia plak sibuk nak duduk kat dalam tu..

siap gelak - gelak duk dalam tuh

aiyakk.. Darin dah 14KG tau skang.. kang runtuh plaklah benda tu... bagilah dia layan sekejap duduk dalam tu, bagi puas hati..

ni siap bunyi baby nangis lagik...

siap buat bunyi baby nangis plak tuh, tapi lepas tu aku explainlah, ni adik punya, adik kecik lagik.. dah lelama tu dia faham jugaklah, so dia pun dah ok je... macam - macam hal

Thursday, June 25, 2009

Birthday Party

Tengah khusyuk menunggu AF7 final tetiba kakak sepupu aku call... ingatkan apa hal, rupanya ajak gi umah dia esok ada birthday party, sib baik bagi tau awal..

"Muz" tu bukan saya yer..

esoknya... pagi tu mu hubby ada agenda sket, so lewat jugaklah we all keluar rumah.. walaupun majlis tu pukul 5 petang, tapi we all nak gi carik hadiah dulu... so kemana lagik kalau bukan ke TRU...

Tengok nama masing - masing atas kek...

makan masa betul carik barang sebab Darin pun sibuk nak main... we all cepat - cepat pecut ke Saujana Utama.. tepat jam 5 we all sampai.. budget semua org dah ada...sekali.. aik we all tercepat,, even my sis yang paling dekat pun belum sampai lagik.. xpelah, lepak - lepak dululah... solat Asar dulu.. lagipun Darin tengah sedap tido...

tengok kamera pulak okeh...

bila semua org dah sampai... adalah bacaan doa sket and terus nyanyi lagu happy birthday to you.. jangan confuse yek nama atas kek tu 'Muz' bukan my name... tu my kakak sepupu lagik sorang punya husband...

budak kecik yang tak berenti makan sampai terkeluar balik..

we all sampai Maghrib.. dah settle semua bergerak balik rumah....